Followers

Sunday, December 26, 2010

Allah maha pengampun..

Bila pk2, aku dah masuk alam yang lain selepas remaja.. Fikiran pn kena matang...
Hari2 mesti ada azam untuk memperbetulkan diri..
Bila aku pandang pada hidupku yang lalu, aku tau banyak dosa aku pada Allah..
Kadang2 rasa diri xlayak terima semua rahmat Allah hari ini..
Walau sejahat mana pun aku sebagai hambaNya, Allah masih lagi membuka pintu Hidayah
pada aku, Allah masih lagi memberikan aku pekerjaan yang baik dan Allah masih lagi menghadirkan insan2 yang sayang kan aku..
Rasa diri jahat sangat. Tapi Bila baca hadis ni, aku rasa sesiapa pun, yang telah banyak
melanggar perintah Allah, wajar mendapat peluang kedua..
Allah sentiasa menerima taubat hamba2nya.. Jadi untuk hiasi diri, kita perlu bertaubat setiap kali berbuat dosa.
Semoga kita selalu diberikan peluang untuk bertaubat. Aku ambik petikan daripada seorang ustaz untuk dikongsi bersama hamba Allah yang lain.

Siapa saja yang bertaubat maka Allah pasti menerima taubatnya. Orang yang bertaubat dari suatu dosa itu bagaikan orang yang tidak pernah melakukannya sama sekali. Orang yang melakukan maksiat lalu bertaubat, boleh jadi keadaannya malah lebih baik setelah dia menyesal dan bertaubat dengan taubat nashuha. Jika setelah itu dia iringi dengan iman dan memperbanyak amal shalih maka dosa-dosanya akan diganti dengan pahala sebagai anugrah dan kebaikan dari Allah.
Dengan demikian, keadaannya setelah bertaubat itu malah lebih baik.
وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آَخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا (68) يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا (69) إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Yang artinya: “Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan Dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Al-Furqon:68-70)
Jika seorang ahli maksiat itu benar-benar bertaubat, mengerjakan berbagai kewajiban, meninggalkan berbagai hal yang haram, meninggalkan yang makruh dan hal-hal yang sia-sia dan bersegera melakukan berbagai amal sunnah, maka dia tergolong yang bersegera dalam kebajikan.
Ustadz Aris Munandar
Sumber: ustadzaris.com

lumrah hidup..

Setelah jauh, kami baik lagi.. ntah untuk kali ke berapa kami begini..
setiap kali aku dekat lagi dgn dia, aku jd takut.. takut hilang dia lagi..
Pada Allah, aku selalu minta agar Allah murahkan rezeki kami dan
satukan kami dengan cara yang halal. seseungguhnya itu yang terbaik..
namun ada hal lain lagi yang membimbangkan aku setiap kali kami berbaik..
hati kami tidak tenang.. susahnya idup macam ni. jiwa aku kacau sgt9

Wednesday, December 22, 2010

aku sedih lagi..

hari ini aku sedih lagi.. mgkn salah aku, mgkn salah dia.. @ mgkn bukan salah kami...
betapa hebat kuasa Allah. Bila aku mula jauh dariNya, aku akn selalu diuji supaya aku dekat padaNya.
kalau semalam aku senyum, hari ini aku menangis. Ape yang kita sayang dan rancang untuk jaga sebaik mungkin, kadang2 tetap hilang bila ada dugaan yang menimpa. begitu juga dengan perhubungan yang cuba aku jaga..
bila aku rasa semuanya hampir pulih, ia kembali hancur..
semua yang ada selama ini hilang kembali.. macam debu yang ditiupkan angin..
betapa susah nk mempertahankan namun begitu senang ia hancur. Nak kembalikan ape yang hilang macam dulu, aku tau betapa susah. perlu ke aku berusaha lagi? ye.. aku perlu, kerana aku sayang padanya. dan aku tau kalau aku berusaha lagi, aku xkan merasa susah kalau dibandingkan rasa susah hati yang terpaksa aku tanggung bila dia tiada.
semoga eswok aku akan tersenyum lagi.. aku akan berusaha..

Sunday, December 19, 2010

ari ni aku rase x tenang sgt, maka tibe2 rasa nk tulis blog..
sblm ni mcm dh mls nk tulis blog, tapi tgok anak2 sedare semua semangat
tulis blog, tapi blog anak2 sedara aku,
semua berisi hal2 keagamaan.. teringin jugak nk berblog hal2 macam tu,
tetapi mak sdare dorg ni x la sebagus dorg dalam hal2 agama. kadg2 malu dengan
anak saudara & adik sendiri.. maklum la dorg sume belajar di sekolah arab.....
maka, ape yg mak sdare dia ni rasa nk tulis, yang tu lah yg mak sdare dia tulis...
erm, teringat semalam masa borak2 dengan adik yang ke 3 bawah aku.
kata2 dia buat aku sedar kejap tp mcm biase kak balqis dia ni degil.
tapi aku tulis gak ape yg adik aku cakap. mana tau ada kawan2 yang nak tau..
sebelum ni dia ada baca novel tajuk tahajud cinta.
hero cite tu namanya fatih.. fatih ni bagus.. tinggi ilmu agamanya.
adik aku cakap fatih ada gtau, jarak cinta ngan nafsu tu dekat sgt.
macam sehelai rambut bahagi tujuh.. dia cakap betul la kak.
cinta tu haram tau. aku pn diam la. maklumla, aku slah sorg yg dah terjebak.
pastu aku pandang adik aku tu sambil buat muka sedih..
bila dia tengok muka seposen aku tu, dia rasa bersalah.. dia pn cakap, bercinta mmg haram,
tp kalau terjebak mmg susah. jadi bila dah terjebak doakan la kesudahan nya adalah baik... :-(
macam mane tu.. semuanya betul, tp bila kena batang hidung sendiri, nk ulas balik pn
xpandai. moge aku menjadi insan yg lebih baik dari sekarang.